Program Stream Sistem Solar Dan Pembelajaran Secara Augmented Reality (Ar) Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha
16 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniProgram Stream Sistem Solar dan Pembelajaran Secara Augmented Reality (AR) bersama Tabika Kemas JAKOA Darul Nasuha ini telah berlangsung dengan sangat meriah. Program ini telah berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan kehadiran 34 orang murid dan 4 orang tenaga pengajar. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Augmented Reality dalam pembelajaran pelajar berkaitan sistem solar agar lebih menarik.
Pelajar telah dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil dan setiap kumpulan telah dibekalkan Tab. Pihak PEDi telah memuat turun aplikasi Augmented Reality iaitu Solar System Scope dan Planets AR. Pelajar telah diterangkan dan membuat aktiviti bersama-sama mengenai sistem solar, planet, matahari dan bulan.
Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: